Selamat tinggal, cinta

Emosi pulak harini.


Bukan apa. Rasa dah dapat tanda-tanda break up dengan camera kesayangan. Screen dah banyak kali padam sendiri. Makin malap. Bateri pun kembung semacam. And kualiti gambar pun macam hmm macam nak kena lempang. (salahkan pixel hewhew)
Tapi sedih oi. Panasonic Lumix DMC-FS3. Camera ni banyak berjasa, tolong aq buat kerja, ambil gambar, simpan kenangan. Kalau tak silap since aq Form 5. Hadiah dari Ayah.

And boleh pulak kebetulan aq terbaca launching of latest camera Samsung Galaxy baru-baru ni. pehh nak kabo sikit ah spec dia. *Lumix sila ketepi sikit. keh3


1. Galaxy camera ni merupakan first camera seumpamanya yang lengkap 3G dan WiFi. So tak payah susah-susah dah bila keluar lepak or bercuti, snap gambar and upload instantly terus ke favourite social media korang. (Boleh lawan dgn member siapa upload paling cepat)

2. Movie Wizard - tak perlu pening nak edit video kat PC sebab dengan touch screen Galaxy ni dah siap range of features yang membolehkan korang edit video dan buat movies dengan suka hati dan pro nya.

3. Voice control. Yang ni agak amazing sebab incik Galaxy ni boleh execute command dari korang. So bila ambik group photo, takyah nak setting timer dulu. Just jerit je "snap gambo weyy" (contoh je) and dia boleh buatkan utk korang. Boleh jugak mendengar kata untuk command seperti rotate gambar, delete, share atau zoom-mengezoom. Smarties.

4. Widescreen. Screen puas punya besar, 4.77" dengan colour yang bright (adjustable). Lagi best boleh view gambar atau video dalam HD ratio 16:9. Resolusi 16 megapixel + 21x zoom.



Sleek giler design dia. Banyak lagi new features yang tak disebut. Actually dia merupakan gabungan Android Jelly Bean OS.  So sebenarnya dia act like smartphone with a compact camera, except buat phone calls lah.
(Sumber: sekitar website, pamphlet Samsung)

Apa-apa pun, sedih tak habis lagi sebab aq rasa macam hilang something bila camera rosak since I'm not a smartphone or iPhone users. Memang bergantung pada camera bila nak ambik gambar yang cantik. (kenapa camera tak boleh trade in cam phone? Why tell me whyy)

Ok jom buat proposal dengan Ayah. Haha.
Bye.






Popular Posts