Geting Helen vs. Final Year Project



Salam !
Baru-baru ini telah diadakan satu perlawanan tomoi antara kedua-dua pasukan yang disebut pada tajuk post.
And the winner is........
*
*
*
*
Geting Helen ! Atau nama glemer beliau Genting Highland.





Alhamdulillah sampai jugak kat tempat ni. Kalau nak pergi dengan family rasanya memang berjanggut la nak sampai sebab konsep GH taman tema bergumbira untuk generasi y. Huahua. Nak dipendekkan cerita, sekarang ni kitorang tengah agak sibuk kena pilih tajuk untuk final year project. Due date yang diberi pun tak adalah lama mana. Tapi disebabkan faculty selalunya mula lab after 2-3 weeks of lecture, so banyak la masa free kitorang. Pagi tu ada meeting with AJK Texsas. And with sudden invitation, aku pun follow depe.

Time constraint menyebabkan kitorang pergi kejap je. Around pukul 12 bertolak.
Nah the pictures yang sempat dicapture by my not-so-awesome lens ;3


Awesomeness <

First game kitorang naik. Space Shot.
Memang terbang buntut cek habaq -.-

When the right person do the right thing :3


menyempat je hill side photo shoot 



Paling menakutkan. Nk rasa jadi spiderman atau batman try this one. Also paling ramai beratur nak naik ni.


Seriously, dah lama tak merasa keindahan alam, nice views dari bukit yang macam ni. GH pada aku tempat yang best untuk release tension. Tapi jangan cari pasal pergi time cuti sekolah. Best time ialah time macamni, weekdays. Calming, tak ramai orang sangat (yang ramai pun tourists) and of course sejuk.
Lagi satu, sangat teruja pergi surau dia. (A few kilometres before naik sampai first world). Surau tu sangat terjaga, bersih dan dan memang hmm memang awesome lah. Sangat selesa.

Lepasni kalau ada rezeki, guwe mahu main indoor pulak. harhar.

Comments

Popular Posts