Cuti dan Hlovate
Salam sejahtera all readers :D
Memandangkan sekarang tengah cuti sem, maka otak mula ligat berpusing nak mengarang, update blog yang dah takde seri ni. haha
Balik kali ni, ayah jemput lagi. Hanya Allah tahu betapa bersyukurnya ada Ayah yang sanggup cuti sebab nak jemput anak. Dan hanya Allah tahu betapa bersalah rasa hati bila terpaksa mintak tolong Ayah macamni. Sebab plan memang nak balik sendiri. Tapi atas masalah yang sangat tak dapat dielakkan terpaksa jugak bergantung kat diorang. Nak tambah rasa bersalah lagi? Adik ambik cuti kerja sebab nak teman Ayah. Terima kasih semua... Sila nangis sekarang T____T
Ehem tapi di sebalik sedih rupanya ada orang yang sangat happy.
Conversation dalam kereta:
Aku : Ayah, lepas load barang ni kita terus balik JB ke cmane?
Ayah: Amboi... takkan yelah. Dah penat2 drive rugi la balik terus.
Aku : Woahh. Kemanakah kita lepasni?
Ayah: Tahu jalan ke putrajaya?
Adik: *muka bersinar-sinar
.
.
.
.
.
Haa jadi menyinggah la kami ke sana. Selama 2 tahun belajar kat shah alam adik aku tak pernah lagi ikut hantar or fetch aku, so ni kira first time dia la. Jalan pi putrajaya pun pakai redah je ikut ingat ingat ayam kepala ni. Alhamdulillah sampai gak. Aku dah mula bosan dah sebenarnya ke sana. wakaka. Tapi sebabkan nak layan adik yang belum pernah sampai sana, bawakkan jugak la. Thanks to Syira room mate lama saye sebab bawak ayah and adik semua tempat yang dia pernah bawak kitorang masa sem 2 dulu. Haha
Puas sebenarnya sebab dapat banyak precint gak berjalan. Sempat dengar tazkirah Ramadhan ustaz sek. salak tinggi yang sangat kewwwl dekat masjid Putra. Juga jumpa a pregnant lady yang sangat comel tunjuk arah ke ladies room. Mesti anak dia double comel..
so that's a wrap. Cuti ni aku harap dapat berubah jadi yang lebih molek. Ada la beberapa target Ramadhan yang aku harap dapat capai, insyaAllah.
And what is the additional source that trigger my intention?
HLOVATE Contengan Jalanan !
Sebelum ni cuma dengar feedback orang cakap novel ni best cool gila dll. Thanks kak dhilah for the novel ! Baru nak sampai separuh tapi aku nak suggest semua orang yang belum baca supaya baca novel ni. Kalau nak cakap novel Melayu sesuai untuk akak-akak rumah, minah jiwang.. oh noo. This novel is tremendously suitable to be read for guys too. Serius best. And sangat 'in' dengan tema Ramadhan. Heheh
And this is where the quote "The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh" comes from :)
[Fend. Ramadhan 1434H. love]
Comments