Frau ist Wanita ♡

Salam.
To all lovely muslimah sisters reading this, thank you. 

sumber: Tumblr

Pernahkah anda mendengar sebuah sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita"
(Shahih Muslim)

Ironinya, di institusi pengajian tinggi bilangan kaum perempuan berkali-kali ganda lebih ramai dari kaum lelaki. Kenapa ia berlaku ?

Menjawab kepada soalan, Rasulullah berkata lagi; 
"Antara kaum wanita banyak yang melakukan pengutukan (hasad dengki), suka menghapus kebaikan suami (membuka keaiban suami), dan aku tidak melihat orang-orang yang kurang sempurna akal dan agamanya, berbanding kalian (wanita)"

Maksud ayat terakhir di atas samalah dengan perbandingan yang selalu kita dengar; 
Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan punya 9 nafsu dan 1 akal."

Disebabkan ketinggian nafsu berbanding akal itu kaum wanita selalu dilabel kaum yang kuat beremosi, mudah sensitif dan sebagainya, kerana tindak-tanduk kita selalunya dikawal oleh emosi.

Kerana itu, banyak benda yang perlu dijaga. Maruah umumnya, agar kita menjadi permata terindah 
di muka bumi juga di akhirat nanti.
Antara peringatan Allah untuk kita kaum wanita supaya menjaga 13 benda ini;

1.Wangian 2.Bulu kening 3. Kaki 4. Gigi 5. Muka & leher 
6. Pakaian yang jarang 7. Tangan 8. Mata 9. Mulut (suara)
10. Kemaluan 11. Pakaian 12. Dada 13. Rambut


  Untuk mengelakkan kita tergolong dalam golongan disebut oleh Rasulullah dalam sabdanya di atas, Rasulullah mengingatkan kaum wanita agar memperbanyakkan istighfar & bersedekah.



 Ustazah once said, kalau kita rasa kita cantik, cantik lagi bidadari di syurga.. Ada sebab kenapa Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat. Memang natural nya seorang wanita cantik dengan rambut yang ikal mayang, kulit cantik mulus dan sebagainya. Alangkah rugi jika ianya menjadi tatapan orang yang tidak sepatutnya sebelum suami kita? 

Aisyah Shakirah - A true Muslimah is too beauty, even

gets jealous ! 

p/s: Peringatan berkali-kali untuk diri sendiri yang lalai lagi leka.

Comments

Popular Posts