Tinggi Rendah Kehidupan

Masa aku balik tempoh hari, mak ada cerita satu kisah pasal Faris Hafiy.

Tahun ni Hafiy masuk sekolah tadika. And since dia lahir memang yang aku nampak dia sangat kuat minum susu. Struktur badan Hafiy agak besar sikit berbanding kanak-kanak seusia dengan dia. Bukan gemuk, tapi struktur tulang. Means dia nampak tinggi + besar lah.

Nak dijadikan cerita, masa dah seminggu sekolah mula, Hafiy balik rumah aku sebab ibu dia kerja. So mak aku kena jaga Hafiy since rumah aunty aku tu dekat je dengan rumah kitorang. Turun dari van, Hafiy cool lagi...

Tapi bila masuk pintu rumah dia mula nangis. Mak aku cakap lama juga nak pujuk dia suruh berhenti nangis and cerita apa yang berlaku. Pujuk punya pujuk akhirnya beliau mula bercerita;

"Tadi kat sekolah Teacher suruh Hafiy beratur belakang sekali...."

(Sambil teresak-esak)

"Laa... kenapa Hafiy kena beratur belakang sekali?"

"Sebab Hafiy paling tinggi dalam kelas. Hafiy dah beratur depan tapi Teacher suruh beratur belakang"

(Sambung nangis)

Haha... Aku yang dengar mak aku rewind balik tragedi haritu selok gelak sebab tak tahan dengar reason dia menangis and merajuk berjam-jam lamanya. Punyalah mak aku risau kot takut pi sekolah ka, kena buli ka.. Rupanya sebab tinggi sangat.

Nampak dah potensi Hafiy bila besar?

Frais Hafiy first day sekolah :D



Popular Posts